Saturday, June 5, 2010

LELAKI ITU RUMIT.....

Oppssss.....apa yang merumitkan???? merumitkan siapa??? PEREMPUAN??? kenapa lelaki merumitkan perempuan??? apa yang lelaki buat yang dianggap rumit??? arghhh...... pening-pening.....baca ja lah.....






1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.





2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.





3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.





4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.





5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.





6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.





.7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.





8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.





9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

Friday, June 4, 2010

SEBELUM N SELEPAS KAHWIN....

indahnya masa bercinta tapi bila dah kahwin gerenti semua xkena...
contoh macam perkara-perkara kat bawah ni.......


1. ANGKATKAN BEG


SEBELUM : Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
SELEPAS : Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!



2. TERSUNGKUR BATU

SEBELUM : 'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
SELEPAS : Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun
tak nampak...



3. PAKAI SEXY

SEBELUM: Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang
tau.....
SELEPAS ': Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu
eh???....


4. MANJA DI PUBLIC

SEBELUM: Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!
SELEPAS : Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!




5. KEMPUNAN

SEBELUM : U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...
SELEPAS : Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!




6. KECANTIKAN

SEBELUM: Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
SELEPAS :ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik
beli make up je....




7. KEKAYAAN

SEBELUM : U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
SELEPAS : Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan
nie camna???



8. SEX

SEBELUM : Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.
SELEPAS : Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!




9. KESABARAN

SEBELUM :Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir
yang xguna Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?
SELEPAS : Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah
tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!




10. MASAKAN

SEBELUM: Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
SELEPAS: Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?




11. DUIT NO PROBLEM

SEBELUM :Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
SELEPAS : Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!




12. LUV PEGI LUV BALIK

SEBELUM : Bye syg, I luv u too.. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
SELEPAS : Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!




13. PENGORBANAN

SEBELUM : Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
SELEPAS : You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you
balik sendiri. Manja sangat ah!




14. JUMPA LAMBAT

SEBELUM : Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
SELEPAS : Takpe la. Da biasa da!




15. BUANG ANGIN

SEBELUM : You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*
SELEPAS : Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*

8G YANG ISTERI XSUKA....

1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.






2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.






3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.






4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.






5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.






6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.






7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.






8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

8C YANG ISTERI PATUT BUANG....

perkara yang melibatkan "C" didepan yang mungkin ada pada si isteri....yang mmg si suami xsuka.....so.....si isteri patut tahu.....supaya si suami xlari or cari lain.... hehehe.... jom kita tengok apa yang si isteri patut buang......





C1. CABAR....Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.






C2. CABUL....Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua.







C3. CELUPAR.....Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.








C4. COMOT.....Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje...Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.






C5. CEMBURU....Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan.... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...






C6. CEREWET....Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.






C7. CINCAI....Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.....







C8. CUAI....Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.





So...pada si isteri cuba la kurangkan C dalam diri ok....bkn suruh buang semua sbb kekadang da juga suami yang suka C ada pada si isteri....hehehehe....

Seorang Isteri....

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu,
dan selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan org yg sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu,
dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami-suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah org yg akan tetap
bersamamu
sepanjang hidupmu
disaat kau terpuruk terlalu dalam ...
Wahai suami-suami,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya.
mungkin kerana keputusanmu,
kau merosak kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat
dan
kau rasakan SAKIT yang
dirasakannya keranamu ?

Tuesday, June 1, 2010

Family selebriti yang bahagia

untuk dikongsi dengan semua...keluarga penyanyi Superman Malaysia....


Faizal Tahir.... aku pilih family Faizal Tahir sebagai


"Family Selebriti Yang Bahagia"


sebab walaupun Faizal Tahir dah terkenal


tetapi family tetap menjadi keutamaannya


dalam apa jua keadaan.






Ada yang berpendapat, Faizal Tahir juga antara artis yang akan dijolokkan sebagai pencetus kontroversi. Raja Kontroversi. Rupanya, Faizal Tahir pernah tinggal di luar negara selama beberapa tahun bersama keluarganya memberikan kelebihan kepadanya untuk bertutur dengan fasih di dalam Bahasa Inggeris.


Inilah isteri Faizal sekarang. Namanya Siti Raihanim Noran. Mereka berkahwin masa belajar di UiTM. Difahamkan pada ketika itu Hanim sedang mengambil kursus Perhubungan Media Massa.
Kemudian, Hanim telah melanjutkan pelajaran beliau ke peringkat Sarjana (Masters) dalam bidang yang sama. Rakan seperjuangan yang lain yang sudah pun memasuki dunia artis dan sudah pun popular, antaranya Shahida Azad (Shy), pembaca berita TV3 dan Awal Ashaari.


Peristiwa pahit ketika digam oleh pihak berkuasa untuk muncul di kaca televisyen cukup memberikan pengajaran kepadanya. Di kala itu isteri, dan ibu bapa beliau Dr. Mohd Tahir Abdul Rahma dan ibu, Muzlipah Aishah yang banyak memberikan kata-kata semangat. Nasib sememangnya tidak menyebelahi beliau apabila sekali lagi digam oleh Mufti Perlis di KONSERT JOMHEBOH yang lalu.
Faizal kini lebih banyak bersabar dan percaya rezeki beliau akan pulih kembali. FAIZAL mengharapkan album terbarunya dapat mengangkatnya semula di persada seni tanah air. Tidak dinafikan bahawa beliau mempunyai taraf vokal yang agak baik. Tetapi mungkin perlu mengawal sedikit perasaaan ketika di pentas.