Sunday, May 30, 2010

MENDENGAR RINTIHAN SEORANG BAYI


adik cuma nak tahu ibu

kenapa begini jadinya

cinta Februari

Ibu, adik cuma ingin bertanya

rasanya ibu tidak akan mampu menjawabnya


ibu ingat 14 Februari tak?

malam itu ibu janji temu

ibu jumpa jejaka itu

ibu kata dia cintakan ibu

benarkah ibu.


dia puji dan puja ibu

dia rayu dan belai ibu

katanya cintanya hanya untuk ibu

benarkah bu???



ibu terhayal dengan pujukannya

ibu terbuai dengan bicaranya

ibu terlena oleh bisikannya

benarkah bu???



ibu tidak kisah dia peluk ibu

ibu izin dia sentuh jasad ibu

ibu puas dapat buktikan setia ibu

macam dia kata mahu bukti cinta dari ibu

tapi benarkah bu???



masa berlalu

hari ini lepas 9 bulan

pohon yang ibu dan lelaki itu tanam telah membuahkan hasil

hari ini buah cinta kalian telah terzahir

hari inilah bukti cinta jejaka itu telah lahir


tapi benarkah bu?


tapi benarkah bu?


kenapa ia tidak sama menyambut kami??


kenapa ia tidak pernah pergi dan azankan kami??


mengapa ibu pun benci kami??

sedang ini semayan tanda semua cinta kalian


mengapa bu??


tak terasakah sakit dan perit
tak terbuktikah kasih dan sayang

dan tidak kah lagi ibu bertuhan???


benarkah ibu

adik cuma nak tahu..







“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]







“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

TEMPAT YANG PATUT DILAWATI BERSAMA FAMILY


MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH...

peta ni menunjukkan kawasan pelancongan
bersejarah di Melaka....kalau nak peta besar
boleh download melalui google map k???


Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.


(info ni aku copy n paste ja untuk makluman semua...kalau nak tau lebih....selak la buku sejarah sekolah menengah k???hehehe...

gambar istana melaka

sebenarnya banyak tempat2 yang menarik kat melaka ni....tapi aku xtau sangat nak crita.... sebab aku just lalu n tengok2 dengan mata ja...mai aku tunjuk apa yang aku tengok...


melaka cruise...nek bot lalu disepanjang sungai....boleh

lali sampai terlena....

ni plak menara taming sari....xnaik pun....cuma tengok

dari jauh ja....tak sempat....




bangunan merah....semua warna merah




naik beca....salah satu kenderaan
yang famous di Melaka...




makan plak kat restoran terapung ikan bakar

kat umbai,melaka.....mmg ramai tapi kena

banyak besabar la k????


sebenarnya banyak lg tempat2 yang menarik yang patut dilawati...so sempena cuti skolah yang akan datang pakat2 la bawak family p Melaka k???? aku sebenarnya xtau nak crita pasai apa....dah alang2 baru balik dari melaka sempena "family day" keluarga mertua aku kat sana jadi aku kongsi la pa yang aku nampak dengan semua k???? jumpa lagi....

*tengah cari idea baru utk blog....hehehe....






Friday, May 21, 2010

SEGALANYA TENTANG MAK...

SEGALANYA TENTANG MAK…


Orang kata aku lahir dari peruk mak…
(bukan orang kata…memang betul)


Bila dahaga yang susukan aku …mak
Bila lapar yang suapkan aku…mak
Bila keseorangan yang sentiasa disampingku…mak


Kata mak perkataan yang pertama yang aku sebut…”Mak”


Bila bangun tidur aku cari…mak
Bila nangis orang pertama yang datang …mak
Bila nak bermanja aku dekati …mak

Bila nak bergesel aku duduk sebelah …mak
Bila bersedih yang memujuk aku…mak
Bila nakal yang marah aku…mak
Bila merajuk yang memujuk aku…mak

Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah…mak
Bila takut yang tenangkan aku…mak
Bila nak peluk yang aku suka peluk…mak


Aku selalu teringatkan…mak


Bila sedih aku mesti telefon…mak
Bila seronok orang pertama aku nak beritahu…mak
Bila bengan aku suka luah pada…mak


Bila takut aku selalu panggil….Makkkk!!!


Bila sakit orang paling risau adalah…mak
Bila nak exam orang paling sibuk adalah…mak
Bila buat hal yang marah aku…mak
Bila ada masalah yang paling risau…mak


Yang masih peluk cium aku sampai hari ini…mak
Yang selalu masak makanan kegemaran aku…mak
Yang selalu simpan dan kemas barang aku…mak


Yang selalu beleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku…mak
Yang selalu nasihat aku…mak


Bila nak kahwin orang pertama aku rujuk dan tunjuk…mak


Sekarang aku ada pasangan hidup sendiri…


Bila seronok aku cari…pasanganku
Bila sedih aku cari…mak

Bila berjaya aku cerita pada…pasanganku
Bila gagal aku cerita pada…mak

Bila bahagia aku peluk erat…pasanganku
Bila berduka aku peluk erat…mak

Bila nak bercuti aku bawa…pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah…mak

Bila sambut “Hari Kekasih” aku bagi hadiah pada…pasanganku
Bila sambut “Hari Ibu” aku cuma ucap “Selamat Hari Ibu” pada…mak


Selalu aku ingat…pasanganku
Selalu yang ingat kat aku…mak

Bila-bila aku telefon…pasanganku
Entah bila aku nak telefon…mak

Selalu aku belikan hadiah untuk…pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk…mak


Mak…maafkan aku
Mak…kekasih hatiku
Mak…segalanya padaku
Mak…aku sayang padamu

Saturday, May 15, 2010

SEGARKAN SEMULA AKSI DIRANJANG





Mungkin ada suami dan isteri yang


mula bosan dengan aksi diranjang pasangan


masing-masing. Jadi sebelum kebosanan ini


menjadi lebih teruk, suami atau isteri haruslah


berusaha menyegarkan semula aksi diranjang


tersebut demi kebahagiaan bersama.




Aksi-aksi dibawah mungkin boleh


membantu menyegarkan semula aksi


diranjang untuk anda dan pasangan.













AKSI 1


MATA



gunalah mata anda untuk merenung


pasangan anda terutama ketika


kedua-duanya mencapai tahap orgasma.








AKSI 2


CIUMAN




emmm...aksi yang menghairahkan...


dengan 1 ciuman anda mampu


menarik dan menaikkan keghairahan


serta memanjangkan hubungan seks.










AKSI 3


BISIKAN

bisiklah ditelinga pasangan


anda sesuatu yang menghairahkan


dan menggoda.







AKSI 4
PERASAAN



berkongsilah perasaan dengan pasangan


anda dengan memeluknya dan


jangan berhenti begitu sahaja








AKSI 5


RASAI TUBUH



belailah tubuh pasangan anda disetiap inci


untuk mencari titik rahsia yang boleh


memberahikan pasangan anda.

SYARAT2 PERBELANJAAN KELUARGA DIBIAYAI ISTERI



Seperti semua sedia maklum, tanggungjawab membiayai keperluan keluarga dan rumah tangga menjadi kewajipan seorang suami. Walaupun begitu, tidak salah sekiranya si isteri ingin membantu dan dalam keadaan zaman moden sekarang yang semuanya perlu dibayar tidak berdosa bagi si isteri untuk membantu suami dalam membiayai rumah tangga tetapi ada syarat-syaratnya:-




















































Jadi kepada para suami diluar sana fahamilah tanggungjawab anda dalam membiayai keluarga. Ingat!!! Duit suami adalah duit isteri tetapi duit isteri adalah duit isteri. Tunaikan amanah Allah dengan sempurna.






RENUNGAN BERSAMA

Suami yang biasa bersenang dengan

harta isteri akan mudah melupakan

pengorbanan si isteri.























GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama

dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu

(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan

Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee)

sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report)

telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai
kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui
seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan
sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan
berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA....

Friday, May 14, 2010

USAH DERHAKA KEPADA MERTUA



Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?






“Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” .






Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.






“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.




"Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain."

PUNCA ANAK DERHAKA



Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”




dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…



“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.




Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.




“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.”




Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

BERAKHIRNYA SLOT ADAMAYA



"YANG TERINDAH"

OST-ADAMAYA



Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku

Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Maaf jikaku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa

Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu

Merindui dirimu

Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa

Kau yang ilhamkan bahagia

Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah

Saturday, May 8, 2010

PEMBOHONGAN SEORANG IBU....


Bagaimana dikatakan seorang ibu itu berbohong? Cuba kita perhatikan kisah ini, barangkali ia pengalaman peribadi atau hampir dengan kehidupan yang kita lalui. Pembohongan yang dilakukan ibu, tanpa kita sedari tujuannya, sebenarnya sebuah tenaga yang didorong oleh perasaan kasih sayang yang paling indah dalam dunia ini. Masih ingat tak lagi, kehidupan kita dulu-dulu yang dilahirkan dalam sebuah keluarga susah. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ibu dan ayah berhempas pulas membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki buat anak-anak. Apa-apa yang ada tidak pernah berlebih malah selalu tidak cukup. Ketika makan, ibu akan mengagih-agihkan makanan untuk anak-anak. Sambil menyendukkan nasi ke pinggan anak-anak, ibu berkata:

“Makanlah nak, ibu tidak lapar...” Itulah kebohongan ibu yang pertama!
Apabila kita semakin dewasa, ibu semakin gigih membantu ayah mencari nafkah. Anak ramai, perbelanjaan bertambah. Ibu menggunakan segala kemahiran yang dimiliki untuk menambah pendapatan. Ada masa ibu memancing di sungai dekat rumah. Ibu harap daripada ikan hasil pancingan, ibu dapat memberikan makanan berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak. Terpulang dari memancing, ibu masak sup ikan yang segar dan membangkit selera. Sambil melayan anak-anak makan, ibu duduk dan mengutip sisa ikan yang masih menempel di tulang. Ibu mencicip isi ikan yang tersisa. Kita melihat ibu seperti itu, hati tersentuh. Apabila kita mempelawa ibu makan, ibu cepat-cepat menolak. Dia berkata :

“Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan...” Itulah kebohongan ibu yang kedua! Sekarang kita sudah masuk sekolah menengah. Demi membiayai persekolahan anak-anak, ibu mengambil upah menjahit atau membuat jualan kuih. Hasil upah menjahit dan jualan kuih muih, dapat menampung serba sedikit keperluan persekolahan anakanak. Kala anak-anak sibuk menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan, ibu juga tidak lelap mata menemani anak-anak belajar sambil menyiapkan tempahan. Apabila disuruh ibu tidur, dia berkata :

“Ibu belum mengantuk, cepat belajar kemudian masuk tidur...” Itulah kebohongan ibu yang ketiga!
Ketika peperiksaan tiba, ibu tidak putus-putus berdoa agar anak-anak dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan beroleh kejayaan. Malah ibu sanggup menghantar makanan ke sekolah agar anak tidak perlu pulang dan masa yang ada boleh digunakan mengulang kaji pelajaran. Ibu sabar menunggu hingga loceng berbunyi untuk menghulurkan bekas berisi makanan dan minuman. Ketika kita mempelawa ibu minum, apabila melihat ibu berpeluh, dia menolak.


SELAMAT HARI IBU....SUATU UNGKAPAN HANYA UNTUK MENGHARGAI SI IBU...TAPI YANG LEBIH BERMAKNA....DOA SEORANG ANAK UNTUK SI IBU....