Saturday, November 27, 2010

Tak Endah Tentang Nafkah Akhirnya Isteri Minta Cerai

Dek krn ciri2 tu, Faridah jatuh ati biarpn pekerjaan mereka xsecocok. Dia graduan universiti sedaangkan lelaki kenalannya hanya berkelulusan SPM sahaja.

Perkahwinannya direstui keluarga biarpun tidak lama berkenalan tetapi itulah yg dinamakan takdir. Jamil mengusahakan sebuah bengkel manakala Faridah bergelar seorang guru. Kehidupan isteri yg stabil membuatkan mereka senang malah suami juga dapat tumpang kesenangan itu.

Faridah juga seorang yg pandai mengurus wang dengan sebahagian gajinya disimpan memandangkan suami juga memberi nafkah. Awal perkahwinan mereka tidak menunjukkan masalah. Mereka hidup selesa dan ketika itu juga Faridah tidak kisah kalau sebahagian gajinya dihabiskan untuk perbelanjaan keluarga.

Akan tetapi sikap Faridah membuatkan Jamil melepas tangan. Jamil mula buat lebih kurang saja tentang perbelanjaan keluarga. Keadaan ini membuatkan Faridah kurang puas hati dan dia hairan dengan Jamil yg meniaga tetapi tiada wang.
Beban kewangan keluarga mula bertambah apabila Faridah berhenti kerja kerana mahu menjaga ibunya yg sakit. Jamil berjanji akan memberinya rm50 sehari. Sebulan dua Jamil memang menunaikan janjinya namun lama kelamaan ia semakin terabai. Bila Faridah tanya baru diberi.
Masalah kewangan mula melanda keluarga Faridah. Jamil pula tetap statik seperti dulu hingga kini. Kalau isteri minta wang Jamil akan kata tiada. Alasannya perniagaan tidak untung. Memang Faridah sudah lama memendam rasa.

Faridah mula rasa terbeban jiwa dan raga apatah lagi tanggungjawab membeli pakaian sekolah anak,pakaian raya,membayar duit kereta dan sebagainya terletak dibahunya.Sedangkan Jamil buat tak endah.

Wang simpanan yang sedikit juga sudah habis diguna untuk membiayai perbelanjaan keluarga. Dari tahun pertama sehingga 15tahun lamanya begitulah sikap Jamil. Akibat sikap Jamil pelbagai konflik keluarga berlaku. Bagi Faridah suaminya perlu berubah sikap jika mahu membimbing rumah tangga. Pelbagai nasihat Faridah berikan tetapi Jamil tetap tidak berubah.

Sekian lama memendam perasaan, Faridah mengambil keputusan yg mengejutkan Jamil. Dia mahu bercerai. Kata Faridah lebih baik dia hidup sendirian bersama anak-anak dari dirinya terus terseksa dengan sikap Jamil yang lepas tangan dalam urusan nafkah keluarga.

Ketika isteri meminta dilepaskan, Jamil hanya mampu memandang. Dia tahu apa yg berlaku adalah salahnya. Silap kerana tidak mahu berubah malah dia juga malu kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya selama ini.

Menyesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya.....

No comments:

Post a Comment