Friday, December 24, 2010

ROMANTIKKAH SI SUAMI????



Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan saya, apakah ciri yang ada
pada lelaki yang paling disukainya?


Lantas dengan spontan dia jawab, “ROMANTIK“. Menurutnya lelaki yang romantik
biasanya lebih mudah bertolak ansur dan lebih penyayang.


Betul ke begitu? Anda bersetuju dengan kenyataannya?

Hmmm…bagi saya yang kurang romantik ini, pastinya agak kurang bersetuju. Namun,
saya terpaksa akui, ada benarnya juga.


Apa2pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan
dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang.
Suami yang tidak romantik, sebenarnya boleh belajar jadi romantik. Saya pun dulu
bukannya romantik sangat pun. Tapi setelah 2 tahun berkahwin, alhamdulillah kini
sudah bertambah ‘keromantikan’ saya. Tak caya, cuba tanya isteri saya.


Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah
manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh
diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.


Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah


1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada
setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami
semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum
tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”.
Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si
isteri dan si suami.


2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri
anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan
kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih
bertenaga dan bersemangat.


3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik.

Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar.
Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif
dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan
menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.


4. Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh
menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling”
dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.


5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.
Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.


6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai
diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi
bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri
ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…



Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang suami dalam membentuk diri
menjadi suami yang lebih romantik. Yang penting, amalkan. Bukan hanya
sekadar baca sebagai rekreasi minda.

No comments:

Post a Comment