Wednesday, September 7, 2011

MEMENANGI HATI WANITA


Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Petua ini khas untuk suami isteri:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan
perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar
apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat
memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya
selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih
lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan
menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang
hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak,
tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut
membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia
tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu
perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana
bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan
nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah,
biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya
anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai
sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah
dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat
dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang
bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan
kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau
akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk
membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok
bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan
tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan
dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli,
dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar,
maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga
pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan
sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang
sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat
sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia
suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri
anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan
kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk
jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan
mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan
lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh
suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk
menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi,
selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda
berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda
menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan
lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna,
fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat
yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang
romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan
menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat,
tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan
sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang
menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini'
atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa
yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda
agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa
untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak
mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang
baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu
yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui
telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang
dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak
berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan
bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang
sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia
baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring
dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda
mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda
mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda
kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan
perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati
wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan
menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai,
dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita
akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda
akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi
perhatian yang dia perlukan.


SEMOGA BAHAGIA.

No comments:

Post a Comment