Friday, April 23, 2010

INSPIRASI DAPUR MODEN

sebelum ni aku dh bg idea utk inspirasi dapur jenis "galeri".....skrg aku nk kongsi inspirasi aku pasal dapur kenis "menghadap dinding" plak....jom ushar2...mana tau kot2 blh dapat inspirasi cam aku....



1. MENGHADAP DINDING




Pemilihan dapur yang menghadap kedinding boleh dikategorikan sebagai susunan dapur yang telah diguna sejak dulu lagi. Secara amnya, susunan ini memudahkan mereka yang suka memasak menghadap dinding yang berhampiran tingkap sebagai sumber cahaya dan pengudaraan semulajadi. Dibawah ini adalah beberapa inspirasi dapur menghadap dinding.





Pelan A: Dapur,singki,ruang stor
dan peti sejuk disusun
disepanjang tepi dinding
dan ini membuatkan ruang
kerja menjadi selari.




Pelan B: Dapur,singki,ruang stor
dan peti sejuk disusun
ditepi dinding berbentuk "L"
Ini dapat membuatkan
ruang kerja lebih efisen.





Pelan C: Dapur diasingkan dari singki,
ruang stor dan peti sejuk.
Pelan ini boleh direalisasikan
sekiranya mempunyai ruang dapur
yang luas.




Pelan D: Pelan ini memberi anda ruang
bergerak yang lebih luas dengan
penyusunan singki,peti sejuk dan
dapur yang disusun disekeliling
dinding.





Buatlah pemilihan yang tepat untuk ruang dapur anda kerana kini ruang dapur bukan sahaja tempat untuk memasak semata-mata tetapi ruang ini telah dianggap sebagai salah satu tempat untuk berbual-bual bersama keluarga dan ruang ini juga boleh dianggap sebagai nyawa rumah anda. Maksimumkan ruang dapur yang ada dan pastikan ruang dapur anda menjadi menarik dan praktikal.

No comments:

Post a Comment