Sunday, May 30, 2010

MENDENGAR RINTIHAN SEORANG BAYI


adik cuma nak tahu ibu

kenapa begini jadinya

cinta Februari

Ibu, adik cuma ingin bertanya

rasanya ibu tidak akan mampu menjawabnya


ibu ingat 14 Februari tak?

malam itu ibu janji temu

ibu jumpa jejaka itu

ibu kata dia cintakan ibu

benarkah ibu.


dia puji dan puja ibu

dia rayu dan belai ibu

katanya cintanya hanya untuk ibu

benarkah bu???



ibu terhayal dengan pujukannya

ibu terbuai dengan bicaranya

ibu terlena oleh bisikannya

benarkah bu???



ibu tidak kisah dia peluk ibu

ibu izin dia sentuh jasad ibu

ibu puas dapat buktikan setia ibu

macam dia kata mahu bukti cinta dari ibu

tapi benarkah bu???



masa berlalu

hari ini lepas 9 bulan

pohon yang ibu dan lelaki itu tanam telah membuahkan hasil

hari ini buah cinta kalian telah terzahir

hari inilah bukti cinta jejaka itu telah lahir


tapi benarkah bu?


tapi benarkah bu?


kenapa ia tidak sama menyambut kami??


kenapa ia tidak pernah pergi dan azankan kami??


mengapa ibu pun benci kami??

sedang ini semayan tanda semua cinta kalian


mengapa bu??


tak terasakah sakit dan perit
tak terbuktikah kasih dan sayang

dan tidak kah lagi ibu bertuhan???


benarkah ibu

adik cuma nak tahu..







“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]







“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

No comments:

Post a Comment