Saturday, May 15, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama

dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu

(Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan

Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee)

sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report)

telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai
kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui
seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan
sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan
berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA....

No comments:

Post a Comment